05 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Bencana banjir yang melanda pada Januari lalu tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri ini, malah Pahang menerima kunjungan yang menggalakkan biarpun musim tengkujuh.

Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar berkata, pelbagai aktiviti bersesuaian musim tengkujuh dirancang sekali gus menangkis tanggapan orang ramai yang mengatakan tidak sesuai untuk mengunjungi negeri ini pada ketika ini.

"Sebenarnya kawasan pelancongan tidak terjejas dengan banjir, tetapi kadang-kadang kerana berita itu (mengenai banjir) tersebar, ia turut memberi sedikit kesan.

"Bagaimanapun dengan menganjurkan acara sebegini (sukan air Balok Wind Challenge 2017) kita boleh menangkis tanggapan bahawa musim hujan tidak sesuai melancong," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup acara Balok Wind Challenge 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas di Pantai Balok dekat sini semalam.

Turut hadir Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Idros Yahya dan Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner, Abdul Aziz Salleh.

Ishak berkata, lebih 60 peminat sukan air dari dalam dan luar negara termasuk Hong Kong, Thailand, Jepun dan United Kingdom menyertai pertandingan itu.

Aktiviti sukan air yang dirancang pihaknya seperti Tioman Surfestival 2017 dan Balok Wind Challenge 2017 merupakan antara tarikan utama yang menggalakkan kedatangan pelancong pada musim tengkujuh.

Beliau berkata sehubungan itu Tourism Pahang begitu optimis untuk mencapai sasaran kedatangan 15 juta pelancong tahun ini sempena Tahun Melawat Pahang 2017 walaupun dilanda musibah banjir pada awal tahun lalu. - Bernama

 
 

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.