06 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

PULAU TIOMAN - Dua pemandu bot pelancong yang dilaporkann hanyut ke perairan Indonesia ketika dalam perjalanan dari Kuala Rompin ke Pulau Tioman, 8 November lalu  selamat tiba di Pulau Tioman, petang tadi.Amat Mohamad, 50  dan anak saudaranya, Mohd Abdul Lattif  Kasim, 20, dibawa dari Pulau Jemaja, Indonesia pada kira- kira jam 5 pagi waktu tempatan dengan diiringi pihak berkuasa Indonesia sehingga ke lokasi  pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia.

Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Timur, Kepten Maritim V Pannir Selvan,berkata, mereka tiba di lokasi pertemuan kira – kira 38.6 batu nautika dari Pulau Tioman  jam 2 petang dan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk tindakan selanjutnya.Menurutnya,  operasi menyelamat yang dikoordinasikan  Maritim Malaysia bersamanTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)."Maritim menggerakkan kapal KM Langkawi dan Bot Penggalang 14 serta pesawat Bombardier CL 415 manakala TLDM menugaskan kapal  KD Perdana dan KD Gempita dalam operasi ini.

"Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat yang turut serta dalam operasi ini   menugaskan sebuah  bot Kevlar manakala sembilan bot dari  Persatuan Bot Pemancing Rompin/Tioman," katanya.Pannir Selvan berkata, 200 pegawai dan anggota pasukan mencari dan menyelamat terlibat dalam operasi selama  empat hari dengan kos hampir RM 360,000.Pada 8 November lalu bot dinaiki mangsa hilang apabila tidak tiba didestinasi sebelum keluarga mangsa membuat laporan polis dan operasi mencari dan menyelamat diaktifkan setelah menerima laporan.Pada 11 November,  bot mereka  ditemui hanyut di perairan Indonesia oleh bot nelayan itu sebelum  dibawa ke Pulau Jemaja, Indonesia untuk tindakan lanjut.Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak kerajaan Indonesia bagi membawa pulang dua  mangsa tersebut.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.