05 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

CAMERON HIGHLANDS - Seorang pelancong asing warga Kanada berdepan detik-detik cemas selama hampir dua jam apabila sesat di puncak Gunung Jasar di sini, semalam.

Memetik laporan Astro Awani, dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 petang itu, mangsa berumur 25 tahun berketurunan Jepun itu mendaki gunung tersebut seorang diri sebelum sesat di puncak gunung berkenaan.Mangsa bagaimanapun berjaya menghubungi rakannya di Kuala Lumpur bagi menyatakan situasinya yang terkandas di lokasi puncak pendakian itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Nazri Safiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa sekitar pukul 4.16 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Tiba di kaki gunung, anggota terus melaksanakan misi mencari mangsa dan menjumpainya di puncak gunung kira-kira 7 kilometer dari kaki gunung.“Mangsa berada dalam selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi pada malam Selasa. Menurutnya, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 6.06 petang.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.