05 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Usaha mempromosi dan memperkenalkan taman eko rimba kepada pelancong dalam dan luar negara boleh dilaksanakan melalui penganjuran aktiviti sukan lasak.Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Samsu Anuar Nawi berkata, taman eko rimba yang terletak di kawasan hutan simpan di negeri ini sesuai untuk penganjuran acara sukan yang mencabar tanpa merosakkan dan memusnahkan pokok.

Menurutnya, sebelum ini kawasan taman eko rimba lebih tertumpu kepada  aktiviti perkhemahan pasukan berunifom, penyelidikan dan ekspedisi pelajar serta pensyarah universiti tempatan.Katanya, namun sejak kebelakangan ini,   pelbagai  pertandingan sukan terutama sukan lasak dianjurkan oleh pelbnagai pihak.

“Kita mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk persatuan sukan untukmenganjurkan pertandingan dalam kawasan taman eko rimba yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

“Di Pahang terdapat 25 taman eko rimba di bawah selian JPNP dengan kepelbagaian alam semula jadi yang mempunyai keunikan tersendiri. Antaranya air terjun, jeram dan gua,” katanya pada majlis penutup Malaysia Downhill Series 2018 pusingan kedua di Taman Eko Rimba Bukit Pelindung, di sini.Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) JPNP, Choong Huey Jin dan Pengarah Teknikal Pertandingan Malaysia Downhill Series 2018, Suhaimi Sarip.Pada acara itu,  100 pelumba basikal bukit dalam dan luar bersaing pada pertandingan selama dua hari  membabitkan laluan lebih 1.2 kilometer (km) dalam kawasan hutan simpan Bukit Pelindung.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.