05 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

TEMERLOH: Kira-kira 4,500 ahli Persatuan Pengusaha Inap Desa Malaysia lega apabila sektor pelancongan domestik dibenarkan di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bagi penerima vaksin lengkap, sekali gus memberi sinar baharu kepada penggiat industri pelancongan. Pengerusinya, Datuk Shahariman Hamdan, berkata, pengumuman itu diharap membantu ahli persatuan terdiri daripada operator pelancongan bagi memulihkan ekonomi yang terjejas selama 18 bulan susulan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, terdapat 221 kampung di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan inap desa membabitkan 4,500 ahli dan di Pahang terdapat 16 kampung membabitkan 353 ahli. Katanya, bagi melancarkan lagi sektor pelancongan dalam negara, beliau berharap program vaksinasi kepada operator pelancongan dapat diperluas dan dipercepatkan.

"Mereka juga adalah barisan hadapan kerana terpaksa menyambut tetamu, menyediakan perkhidmatan termasuk melakukan pelbagai aktiviti bersama pelancong. "Kita berharap industri pelancongan peringkat domestik ini akan menjana kembali pendapatan kepada pengusaha inap desa yang menghadapi saat getir," katanya. Shahariman berkata pada 2019, pendapatan operator pengusaha inap desa mencecah RM30 juta, namun ia menurun tidak sampai RM3 juta tahun lalu dan tahun ini.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Pahang meminta penggiat industri pelancongan dan pelancong dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti melengkapkan dua dos vaksin, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal. Sumber : Berita Harian

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.