01 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN, 11 OGOS 2021 : Kerajaan Pahang melantik YH. Dato’ Ishak Mokhtar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Tourism Pahang) (PKBF) berkuatkuasa 4 Ogos sehingga 31 Disember ini. Pelantikan beliau telah dipersetujui YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Tourism Pahang) pada 4 Ogos lepas.

Beliau yang sebelum ini merupakan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Tourism Pahang) menerima surat lantikan tersebut daripada YAB Menteri Besar Pahang pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini. Dalam majlis yang sama, YBhg. Encik Kamaruddin Ibrahim Kutty telah menerima watikah lantikan sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Tourism Pahang) menggantikan YH. Dato’ Ishak berkuatkuasa 1 Ogos lepas.

Turut hadir, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perladangan dan Komiditi Negeri Pahang yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Tourism Pahang), YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin dan barisan EXCO Kerajaan Pahang. – PAHANGMEDIA

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi