05 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN: Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempertimbangkan pembukaan beberapa lagi lokasi pelancongan di Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata ini susulan lokasi pelancongan itu sudah mencapai imuniti kelompok antara 95 hingga 100 peratus. Katanya, lokasi pelancongan berkenaan ialah di Taman Negara dan Kuala Tahan, Jerantut; Janda Baik, Bentong; Bukit Fraser, Raub, Kuala Gandah, Temerloh; Taman Negeri, Rompin dan Cameron Highlands.

"Oleh itu Kerajaan Pahang mencadangkan MOTAC dapat mempertimbangkan pembukaan beberapa lokasi pelancongan lain di negeri ini.  "Lokasi pelancongan berkenaan sememangnya sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong dengan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. "Pada masa sama, hanya satu jalan masuk ke lokasi pelancongan itu yang pasti memudahkan pelaksanaan dan pemantauan," katanya kepada BH, hari ini.

Mohd Sharkar berkata demikian ketika diminta mengulas tiga lokasi baharu pelancongan iaitu Pulau Tioman, Genting Highlands di Pahang serta bandaraya Melaka bakal dibuka kepada orang ramai, bulan depan. Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Menteri Kuartet. Kerajaan Pahang menyambut baik dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dengan pengumuman itu. Bagi pembukaan lokasi pelancongan Pulau Tioman, Mohd Sharkar berkata, pembukaan itu diharap mengembirakan pengusaha pelancongan di pulau berkenaan.Katanya, ia diharap dapat menjana kembali sumber pendapatan yang sebelum ini terjejas kesan daripada penularan wabak pandemik COVID-19. "Saya harap bermula 1 Oktober ini, Pulau Tioman akan menjadi pilihan sebelum ditutup kepada pelancong sebaik musim tengkujuh pada Disember depan hingga Februari 2022," katanya.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.