05 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Kesemua kawasan eko- pelancongan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Pahang kembali dibuka kepada semua pengunjung bermula pada Isnin. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam satu kenyataan berkata, pembukaan kawasan itu turut melibatkan Taman Eko-Rimba (TER), Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian dalam TSK. Jabatan itu berkata, kebenaran itu dibuat susulan pelaksanaan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pahang pada Jumaat lalu.

"Setakat ini hanya TER Jeriau dan TER Berembun di Daerah Raub masih ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. "Bagi aktiviti pendakian pula, pendaki diwajibkan untuk memohon permit dan mendapatkan perkhidmatan seorang Malim Gunung bagi setiap tujuh pendaki," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi JPNP pada Isnin. JPNP berharap pengunjung dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 selain telah melengkapkan dua dos vaksin.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/166304/EDISI/Eko-pelancongan-di-HSK-Pahang-mula-dibuka © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.