05 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Pahang memperkenalkan produk pelancongan terbaharu iaitu Astro-tourism bertemakan Pahang Amazing Sky kembali merancakkan sektor pelancongan dalam negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, konsep pelancongan itu dijangka menarik lebih ramai pelancong untuk melihat keindahan langit pada waktu malam daripada pencemaran cahaya.

Menurutnya, pemandangan indah langit yang dipenuhi bintang pasti akan mengembalikan nostalgia seperti zaman nenek moyang suatu ketika dahulu. "Keistimewaan ini hanya ada di Pahang dan sudah pasti pelancongan lebih cenderung memilih destinasi ke negeri ini sama ada dari dalam mahupun luar negara,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Produk Pelancongan Astro-tourism – Pahang Amazing Sky di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang pada Khamis.

Hadir sama Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim serta Founder & CEO Apadilangit,Muhammad Hafez Ahmad Murtza. Wan Rosdy berkata, melalui konsep pelancongan baru ini, pelancong juga boleh mempelajari mengenai buruj dan tanda arah melalui peta bintang, tidak ketinggalan arah kiblat yang menjadi rujukan penganut beragama Islam untuk menunaikan solat.

Tambah beliau, pelancong juga akan dibawa menghargai keindahan langit dan mengetahui tentang kesan pencemaran cahaya kepada manusia serta flora dan fauna.

"Selain kaya dengan keindahan flora dan fauna, Pahang mempunyai banyak kawasan langit gelap. 

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/195638/EDISI/Pahang-Amazing-Sky-bakal-rancakkan-sektor-pelancongan © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.