05 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUALA LUMPUR - Fasa peralihan ke endemik yang bermula pada Jumaat nyata memberi kelegaan dan kegembiraan kepada pelbagai pihak khususnya penggiat industri pelancongan selepas dua tahun terpaksa 'menyepi’ berikutan pandemik Covid-19.

Perkara itu membuatkan penggiat industri pelancongan khususnya perhotelan mengambil peluang itu sebaiknya dalam melakukan persiapan awal dan menyeluruh bagi menyambut kedatangan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Emmy Suraya Hussein berkata, industri perhotelan sudah lama bersedia bagi pembukaan sempadan negara dan menerima kemasukan pelancong terutama dari luar negara dengan mengutamakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata, ini kerana sektor pelancongan tidak boleh mengharapkan pelancong domestik semata-mata memandangkan mereka tidak boleh selalu melancong justeru pembukaan sempadan negara akan membantu merancakkan semula ekonomi negara dalam sektor itu.

"Namun saya menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong di dalam negara dahulu kerana negara kita banyak tempat menarik. Kalau kita terokai, banyak lagi tempat menarik dalam Malaysia. Kita juga banyak sediakan inisiatif dan pakej menarik kepada rakyat kita, jadi gunalah peluang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Di TERENGGANU, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Ariffin Deraman berkata, industri pelancongan negeri itu akan lebih rancak terutama di kawasan pulau memandangkan 80 peratus pelancong asing akan bercuti ke pulau peranginan.

"Kerajaan negeri juga telah meluluskan penerbangan terus dari Singapura ke Pulau Redang yang akan bermula 6 April ini. Jadi kita harapkan inisiatif ini akan membawa limpahan ekonomi kepada pemain industri Pulau Redang termasuk penduduk kampung di situ.

"Penerbangan terus Kota Kinabalu ke Kuala Terengganu juga telah diadakan dua kali seminggu iaitu pada Ahad dan Rabu berbanding hanya Ahad sebelum ini. Kita harapkan pelancong asing yang ke Sabah akan meneruskan percutian mereka ke Terengganu pula,” katanya. Sumber - Sinar Harian


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/195941/BERITA/Nasional/Fasa-endemik-legakan-penggiat-industri-pelancongan © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.