01 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Kuala Lumpur: Kerajaan diminta mengambil langkah menyekat dahulu kemasukan pelancong dari China berikutan ketika ini keadaan penularan jaagkitan virus Covid-19 di republik berkenaan masih teruk. Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, rakyat di Malaysia bimbang berisiko terjadinya ulangan peristiwa awal 2020 apabila kerajaan lewat mengambil tindakan sekatan ketat. Beliau berkata, waktu itu jangkitan hebat melanda di negara ini susulan berlaku kemasukan kes dari China disebabkan negara tidak menghadkan kedatangan individu dari China.

"Jika boleh kita sekat sepenuhnya dahulu kemasukan pelancong dari China. "Namun jika warga negara kita mahu pulang atau pun nak belajar di Malaysia dan sebagainya atau duduk lama di Malaysia bukan bertujuan melancong, apa yang perlu lakukan ialah laksanakan semula kuarantin wajib 14 hari seperti pernah dipraktikkan sebelum ini. "Pastikan seseorang itu betul-betul bukan pembawa Covid-19. Kena lengkap 14 hari kuarantin sama ada bergejala atau pun tidak bergejala kena wajib dikuarantin," katanya. Metro Ahad hari ini melaporkan letusan kes Covid-19 di China mencetuskan kebimbangan dunia termasuk Malaysia, apatah lagi China yang kini memilih 'hidup bersama Covid' turut dijangka membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini. Pembukaan sempadan itu selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik maut berkenaan tetapi bagi penduduk dunia termasuk di Malaysia bimbang Covid-19 akan menular dan meledak semula di negara ini hingga kemungkinan perintah sekatan perjalanan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula jika kerajaan membenarkan kemasukan pelancong dari China.

Sementara itu, Ketua Sub Kluster Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kuala Lumpur Prof Dr Osman Ali berpendapat masyarakat memang perlu hidup dengan Covid-19. "Pengalaman pahit semasa PKP diharap tidak berulang. Yang penting setiap orang perlu meningkatkan tahap imuniti melalui gaya hidup sihat seperti menjalankan aktiviti fizikal setiap hari, mendedahkan diri dengan cahaya matahari pagi dan makan makanan seimbang. "Untuk mendapatkan tahap imuniti yang mencukupi, mendapatkan vaksinasi booster adalah digalakkan. Dengan adanya imuniti, kita mampu mencegah dari jangkitan yang serius dan fatal. "Jangkitan ringan atau tanpa gejala boleh meningkatkan lagi tahap imuniti individu seperti penyakit selsema biasa. Jika imuniti kelompok tercapai jangkitan teruk Covid-19 dapat dikekang," katanya.

Beliau berkata, pelancong dari China boleh dibenarkan masuk tetapi perlu disaring terlebih dahulu dan republik berkenaan juga perlu mengarahkan penangguhan perjalanan ke luar negara bagi mereka yang bergejala. "Sekiranya varian virus dapat juga memasuki Malaysia, orang ramai perlu digalakkan memakai pelitup muka di tempat awam dan mendapatkan vaksinasi booster. Golongan orang yang rentan seperti orang tua dan mempunyai penyakit kronik perlu lebih berhati-hati," katanya.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi