01 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUALA LUMPUR: Jepun menerima pengiktirafan global atas usaha kemampanan dan pemuliharaannya, berdasarkan Tinjauan Impak Lestari Agoda 2023. Negara Matahari Terbit itu menjadi pilihan utama responden dalam tinjauan itu ketika diminta menamakan negara yang berjaya dari segi usaha kelestarian dan pemuliharaan. Naib Presiden Serantau Asia Tenggara dan Oceania, Agoda, Enric Casals dalam kenyataannya berkata, selain Jepun, Singapura dan Korea Selatan turut dinamakan responden sebagai berjaya dalam pemuliharaan berkenaan.

Katanya, penerbitan dapatan tinjauan itu menandakan permulaan kempen Eco Deals Agoda, yang bertujuan mengumpul AS$250,000 bagi inisiatif Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam pemuliharaan marin dan hutan di seluruh India dan Asia Tenggara. "Lebih 13,000 responden dari lebih 10 negara mengambil bahagian dalam Tinjauan Impak Lestari Agoda 2023. "Dalam penilaian negara berdasarkan usaha kelestarian, responden menghargai langkah pemuliharaan negara asal mereka yang mana secara purata, responden dari semua negara meletakkan negara mereka dalam kedudukan tiga teratas," katanya.

Casals berkata, tujuh daripada 11 pasaran, memberikan penarafan paling tinggi untuk negara mereka sendiri, terdiri daripada India (77 peratus), Thailand (63 peratus), Vietnam (62 peratus), Australia (60 peratus), Korea (58 peratus), Indonesia (57 peratus) dan Jepun, 51 peratus. Katanya, responden dari Malaysia memilih Malaysia sebagai pilihan ketiga, selepas Jepun dan Singapura.

"Kelestarian jelas dalam fikiran pelancong, dengan ramai yang sedar langkah pemuliharaan alam sekitar yang diambil oleh negara masing-masing serta di luar negara. "Selain itu, pelancong juga mencari peluang untuk mengurangkan jejak ekologi mereka sambil memberi impak positif kepada tempat yang mereka lawati. Program Eco Deals Agoda bertujuan memudahkan gerakan ini dengan memberi peluang kepada mereka menyokong inisiatif pemuliharaan menerusi tempahan penginapan Eco Deal," katanya.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi