05 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Seorang pelancong Singapura yang dilaporkan hilang sejak petang Rabu lepas di Pulau Tioman dekat Rompin telah dijumpai selamat di Larkin, Johor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, Sinar Widjoyo Tugi, 73, ditemui orang awam di sekitar Larkin kira-kira jam 4.30 petang dan kemudian menyerahkannya kepada polis di Balai Polis Larkin.

"Ketika dijumpai orang awam, lelaki ini kelihatan keliru. Pihak polis kemudian menghantar lelaki ini ke sebuah rumah orang tua di Larkin," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Aidil Roneh berkata bagaimanapun waris lelaki berkenaan sudah mengambilnya untuk dibawa pulang ke negaranya pada pukul 10.30 pagi tadi.

Sinar Widjoyo sebelum itu dikatakan datang bercuti bersama anggota keluarganya di pulau berkenaan pada 5 Jun lepas.

Anggota keluarganya bagaimanapun kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangannya kira-kira jam 3 petang pada 8 Jun di Mersing sebelum kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin. – Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/pelancong-hilang-di-pulau-tioman-dijumpai-selamat-1.531262

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.