06 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Tioman diserbu, kembali rancak - 17 Jun 2022

ROMPIN: Sektor pelancongan di Pulau Tioman kini kembali rancak dengan kehadiran ramai pelancong tempatan dan asing selepas sempadan negara dibuka, pada 1 Jun lalu.  Kehadiran pelancong bertambah dua hingga tiga kali ganda terutama di Kampung Paya, Kampung Juara dan Kampung Genting.  Ketua Kampung Juara, Razib Ali Awang berkata permintaan terhadap penginapan juga bertambah.

Menurutnya, hampir setiap hari pelancong berkunjung ke Pulau Tioman untuk bercuti terutama selepas dua tahun tidak dapat melancong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Pengusaha pelancongan di Pulau Tioman kini lega apabila melihat peningkatan kehadiran pelancong.  “Saya berharap sektor pelancongan di Pulau Tioman kembali meriah seperti sebelum ini,” katanya, di sini, hari ini.  – MOHD IMRAN IZZAD

Sumber: Fikrah Pahang

Nature Lifeguard pertama Malaysia ditubuhkan di Taman Negara - 12 Jun 2022

JERANTUT: Dua puluh sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Tahan termasuk penduduk Orang Asli Bateq menganggotai pasukan Nature Lifeguard yang pertama di negara ini yang ditubuhkan di Taman Negara, Kuala Tahan. Timbalan Pengerusi Tourism Pahang, Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali berkata, penubuhan pasukan Nature Lifeguard adalah untuk menjaga keselamatan pelancong.  “Anggota pasukan ini dilatih dengan kemahiran asas pertolongan cemas, berenang, menyelamat di air, darat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan kemahiran mengendalikan bot,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pasukan Nature Lifeguard APM di Kuala Tahan, dekat sini, semalam. Turut hadir Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman. Sempena majlis pelancaran itu, Sh. Mohamed Puzi turut menyampaikan enjin dan perahu sumbangan Malaysian Consultative Council of Islamic Organisation Malaysia (MAPIM) untuk Nature Lifeguard dan sukarelawan APM Kuala Tahan.

Katanya, Nature Lifeguard sudah pun terkenal di negara barat yang mempunyai banyak pusat pelancongan bercorak ekstrem. “Tourism Pahang berharap kerajaan negeri dan APM akan menambah kelengkapan dan lojistik seperti bot serta peralatan menyelamat dari semasa ke semasa,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE 

Sumber - Fikrah Pahang

Kuantan, Rompin lokasi projek perintis pelancongan taman karavan - 25 Mei 2022

KUANTAN - Daerah Kuantan dan Rompin bakal menjadi lokasi pertama bagi melaksanakan projek perintis pelancongan berkonsepkan taman karavan di negeri ini. Memetik laporan Pahang Media, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, usaha ke arah itu sedang dilaksanakan dan dijangka diselesaikan menjelang akhir tahun ini. Menurutnya, banyak proses perlu diselesaikan sebelum projek perintis pelancongan berkonsepkan taman karavan ini dapat dilaksanakan.

"Antaranya, perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Pengangkutan untuk membawa karavan ke negara ini. "Usaha-usaha ke arah itu telah berjalan di mana kerajaan negeri telah menubuhkan jawatankuasa dan sebagainya. Perbincangan dan tandatangan persefahaman juga telah dibuat dengan pihak-pihak terlibat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Pahang Media selepas menyampaikan Geran Hakmilik Skim Tanah Rakyat (STR) dan Surat Kelulusan Tanah Kelompok (Notis 5A) kepada 203 penerima di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang, Temerloh, Isnin lalu.

Berdasarkan laporan Pahang Media itu, Wan Rosdy optimis projek tersebut bakal membawa pelaburan besar ke Pahang terutamanya dalam sektor pelancongan. "Melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimenterai baru-baru ini, pihak Caravaning Industry Association (CIVD) yang berpangkalan di Jerman berjanji akan membawa masuk pelaburan bernilai tidak kurang RM500 juta ke negeri ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/203935/EDISI/Kuantan-Rompin-lokasi-projek-perintis-pelancongan-taman-karavan © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Industri pelancongan Pahang makin pulih - 01 Jun 2022

KUANTAN: Peningkatan kedatangan pelancong ke Pahang mutakhir ini membuktikan industri pelancongan di negeri ini mampu pulih dan kembali rancak seperti sedia kala.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata ia juga secara tidak langsung memulihkan ekonomi setempat antaranya membabitkan bidang perhotelan, makanan, kraf dan perniagaan kecil.

“Hasil daripada perbelanjaan pelancongan bersifat dinamik atau secara mudahnya, seorang pelancong berbelanja sama seperti 10 orang tempatan berbelanja. “Ini yang kita panggil kesan berganda. Sebagai contoh, seorang pelancong menginap di hotel atau rumah inap desa (homestay) tentu akan berbelanja untuk makan dan minumnya, bergerak dari satu tempat ke tempat lain, berbelanja untuk minyak kenderaan, beli ole-ole dan ke pasar raya sehinggalah mereka pulang ke tempat asal,” katanya ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Pejabat Pelancongan Pahang di sini, hari ini. Menurutnya, kerajaan negeri akan terus memainkan peranan membantu pemain industri pelancongan dengan memperkenalkan produk baharu dan relevan.

“Antara produk baharu diperkenalkan ialah aktiviti pelancongan dengan kenderaan reakreasi (RV) dan kerajaan negeri dalam usaha menyediakan kemudahan bagi tujuan. “Setakat ini dua kawasan parkir RV dalam proses pembinaan iaitu di Rompin dan Bukit Fraser,” katanya. – HUSIN IBRAHIM

Ramainya pelancong datang tengok gajah - 10 Mei 2022

TEMERLOH: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, dekat sini, menerima kehadiran 38,406 pelancong tempatan dan asing dalam lima bulan pertama tahun ini. Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, berkata Februari mencatat jumlah teramai 14,050 pengunjung diikuti 12,001 pada Mac.

Menurutnya, 9,279 pelancong pada Januari dan 3,076 pelancong pada Mei.Kehadiran pelancong dijangka terus bertambah hingga akhir tahun ini. “Pengunjung membabitkan pelancong tempatan dan asing turut ramai yang meluangkan masa masa bersama keluarga mereka di PKGK sepanjang cuti Aidilfitri kali ini. 

“Kita mengadakan pelbagai aktiviti untuk menghiburkan pengunjung antaranya persembahan gajah mandi, memberi gajah makan dan pertunjukkan gajah,” katanya, di sini, hari ini.  Beliau berkata, hampir sembilan ratus pelancong asing mengunjungi PKGK selepas pintu sempadan negara dibuka. – MOHD IMRAN IZZAD

Sumber: Fikrah Pahang

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.