06 Dec, 2022
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Kuantan 188 sasar 350,000 pengunjung tahun ini - 22 Februari 2022

Kuantan: Ikon pelancongan terkini bandar raya pertama Pahang, Kuantan 188, menara kedua tertinggi di Malaysia disasar menerima kehadiran 350,000 pengunjung tahun ini. Pengarah Urusan Kuantan 188 Datuk Zulkifli Mohamad berkata, sejak dibuka secara rasmi pada 15 Disember lalu, Kuantan 188, yang dibina berinspirasikan daun dan bunga pokok teruntum putih yang banyak terdapat di pesisir Sungai Kuantan pada masa dahulu, sudah menerima kehadiran 45,791 pengunjung. Beliau berkata, pengunjung mercu tanda strategik itu dapat merasai pengalaman unik dan menarik yang ditawarkan menara setinggi 188 meter itu melalui pemandangan 360 darjah bandar Kuantan.

"Selain pemandangan daripada anjung tinjau setinggi 92 meter (m) yang menawarkan pemandangan 360 darjah dan di ketinggian 104 m menerusi anjung tinjau terbuka, Kuantan 188 turut menawarkan pengalaman menjamu selera pada ketinggian 98 m bermula Ramadan ini. "Bagi mereka yang sukakan cabaran, pelbagai aktiviti lasak boleh dicuba seperti 'sky walk', pendakian tiang dan terjunan berpandu seperti yang terdapat di Menara Macau dan Taipei 101," katanya pada sidang media pelancaran dan penjenamaan Kuantan 188 di sini, hari ini. Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Dr Santhara J P dan turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Hospitality 360 Sdn Bhd Datuk Omar Naresh Mohan serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman. Pada majlis itu, menara yang dibangunkan kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri itu turut menerima sijil sebagai ahli rasmi World Federation of Great Towers (WFGT) yang terdiri daripada menara-menara terkenal dunia.

Menara dengan reka bentuk yang tegak dan profil tirus sebagai simbolik persenjataan tradisional Melayu berupa hujung bilah lembing yang terdapat pada Jata Negeri Pahang, sebelum ini dikenali sebagai Menara Teruntum sebelum ditukar kepada Menara Kuantan 188 dan kini hanya Kuantan 188, mengambil kira ketinggiannya. Zulkifli berkata menara yang terletak di tepi Sungai Kuantan itu bersedia menerima tempahan bagi majlis persendirian selain mengalu-alukan usahawan atau pemain industri sektor kraf atau makanan untuk turut serta menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan di menara dan Laman Teruntum di situ.

Sementara itu, Santhara menyifatkan penjenamaan semula Kuantan 188 sebagai tepat pada masanya, terutamanya dengan jangkaan pembukaan semula sempadan negara pada suku kedua tahun ini, selain aktiviti lasak ditawarkan mampu menarik segment pelancongan tersendiri. "Aktiviti tersebut sesuai dengan minat anak muda dan saya juga difahamkan Kuantan 188 akan menjadi mercu tanda pengalaman teknologi 5G, realiti maya dan produk gaya hidup berasaskan teknologi, yang dapat menarik minat pelancong dalam dan luar negara serta meningkatkan imej pelancongan tempatan," katanya. Sejak 1 Januari lalu, operasi menara itu dikendalikan Syarikat Hospitality 360, anak syarikat MAA Group Berhad yang berpengalaman dalam pelbagai sektor perniagaan termasuk pelancongan sejak 1992.

Sumber : Sinar Harian

Genting SkyWorlds dibuka secara rasmi hari ini - 8 Februari 2022

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd, menerusi unitnya, Resorts World Genting (RWG) secara rasmi membuka Taman Tema Genting SkyWorlds kepada orang ramai bermula hari ini. "Taman Tema Genting SkyWorlds secara rasmi dibuka!" kata RWG dalam satu hantaran kemas kini di Facebook. Ia menawarkan diskaun 20 peratus ke atas harga tiket penuh bagi kunjungan dari 8 Februari sehingga 31 Mac 2022. Semasa tempoh pembukaan pra-pelancaran, akses Virtual Queue (VQ) dan Photo+ percuma akan disediakan, yang mana pengunjung boleh memuat turun dan berkongsi kandungan foto digital tanpa had. 

Harga tiket penuh bagi tiket standard berharga RM189; kanak-kanak dengan ketinggian 90 sentimeter (cm) ke 110 cm dan warga emas/orang kelainan upaya (OKU) berharga RM161 dan percuma bagi kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 90 cm. Sementara, harga tiket selepas diskaun pra-pembukaan sebanyak 20 peratus ialah RM151 bagi tiket standard dan RM128 bagi kanak-kanak ketinggian 90cm ke 110 cm dan warga emas/OKU. Selepas membeli tiket secara dalam talian, pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Aplikasi itu bukan saja akan memberi panduan yang komprehensif dengan maklumat masa nyata berkenaan Genting SkyWorlds, malah turut membolehkan pengunjung untuk mengemudi dan melawat taman secara maya agar mereka dapat merancang aktiviti yang mereka minati terlebih dulu, serta mencari arah dan jalan untuk ke destinasi mereka.

Antara ciri-ciri aplikasi itu ialah, masa menunggu akan dipaparkan di aplikasi itu dan pengunjung boleh merancang masa mereka untuk permainan, tarikan dan persembahan yang tersedia pada hari itu; menerima tawaran promosi dan baucar diskaun; mendapatkan maklumat tempat-tempat makan, membeli-belah, permainan, serta perkhidmatan Photo+ yang canggih. Dengan keluasan 10.4 hektar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan 'dunia' yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keseronokan serta keterujaan bertemakan filem di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia. RHB Research dalam notanya baru-baru ini berkata, taman tema berkenaan mampu menyumbang di antara RM210 juta hingga RM290 juta kepada pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) tahunan Genting Malaysia, berdasarkan kepada anggaran 10,000 pengunjung sehari.

Ia berkata, Genting SkyWorlds akan mempercepatkan trend pemulihan perniagaan Genting Malaysia kerana ia bakal menjadi tarikan orang ramai dan menyediakan aliran pendapatan baharu selain turut memanfaatkan kemudahan lain dalam RWG.

Pahang sasar 7 juta pelancong domestik tahun ini - 18 Januari 2022

KUANTAN - Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran tujuh hingga lapan juta pelancong domestik ke Pahang tahun ini. Sasaran itu dijangka mampu dicapai walaupun beberapa lokasi pelancongan di negeri ini termasuk di daerah Bentong dan Temerloh terjejas akibat banjir baru-baru ini. Exco Pelancongan, Kebudayaan,Alam Sekitar,Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, bagi lokasi tumpuan pelancong di kawasan lain yang tidak terjejas banjir ia dibuka seperti biasa 

Menurutnya, kerajaan negeri tidak meletakkan sasaran kemasukan pelancong asing mengambil kira jangkaan kehadiran mereka tidak tinggi ekoran pelbagai kekangan yang dihadapi ketika ini. "Bagi pelancong domestik kita yakin sasaran itu mampu dicapai dan sekiranya pandemik Covid-19 mulai reda, bilangan pelancong domestik ke negeri ini mungkin akan meningkat dari jumlah yang disasarkan," katanya.  Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran 'This Is Pahang 2022-Unlimited dan Malam Penghargaan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang di sini pada malam isnin.

Majlis disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. Turut hadir, Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Taman Tema Genting SkyWorlds mula dibuka 8 Februari ini - 31 Januari 2022

KUALA LUMPUR - Taman Tema Genting SkyWorlds, taman tema yang paling dinantikan di Asia Tenggara, akan mula dibuka kepada orang ramai pada 8 Februari ini. Sebagai sebahagian daripada pembukaan awal, Genting SkyWorlds menawarkan diskaun 20 peratus daripada kadar yang disiarkan untuk tempahan mulai 8 Feb hingga 31 Mac, 2022. Dalam kenyataan pada Isnin, Ketua Operasi dan Strategi Perniagaan Genting Malaysia Bhd, Lee Thiam Kit berkata, taman tema yang dibina dengan pelaburan lebih US$800 juta (US$1=RM4.18) itu adalah pencetus perubahan bagi taman tarikan bertema, yang akan meletakkan Malaysia dan Pahang dalam peta pelancongan dunia. "Taman tema ini akan menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi dengan mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan,” katanya. 

Selepas membeli tiket secara dalam talian, pelanggan digalakkan memuat turun aplikasi mudah alih Genting SkyWorlds Theme Park, yang boleh didapati secara percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Aplikasi tersebut bukan sahaja sebagai panduan komprehensif untuk Genting SkyWorlds, dengan maklumat masa sebenar, malah membolehkan pelanggan melayari dan menikmati pengalaman di taman itu secara maya sebelum tiba secara fizikal. Ia akan memberi idea kepada pelanggan mengenal aktiviti yang akan dilakukan, destinasi yang ingin dituju serta cara untuk sampai ke taman tema ini.

Antara ciri lain ialah pelanggan boleh menyemak masa menunggu untuk menikmati tarikan dan pertunjukan; menerima tawaran promosi dan baucar diskaun; mengetahui tempat makan, beli-belah, permainan dan perkhidmatan Photo Plus yang canggih.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/185729/BISNES/Taman-Tema-Genting-SkyWorlds-mula-dibuka-8-Februari-ini © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Rancang solusi holistik, elak impak buruk banjir berulang - 11 Januari 2022

KUANTAN - Satu solusi yang lebih holistik dan terbaik perlu dirancang bagi mengelak kesan buruk akibat banjir di negara ini terus berulang pada masa akan datang. Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, sudah tiba masanya perkara itu diberi perhatian serius oleh kerajaan Persekutuan dan negeri kerana banjir fenomena alam yang tidak dapat dielakkan dan akan terus berlaku. Menurutnya, melalui kaedah atau perancangan terbaik, kesan akibat bencana itu dapat ditangani dan mengelak kemusnahan yang lebih buruk seperti mana berlaku di beberapa negeri termasuk Pahang baru-baru ini.

“Kaedah untuk mengatasi kesannya perlu ada sama ada melalui teknologi atau pendekatan yang lebih berkesan. "Kita boleh jadikan contoh negara maju, Jepun misalnya, walaupun negara itu terdedah dengan pelbagai bencana alam termasuk banjir, gempa bumi, taufan dan sebagainya namun mereka mampu menguruskannya dengan baik. "Begitu juga dengan Belanda, walaupun kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut, namun banjir tidak berlaku dan sudah tentu ada kaedahnya," katanya dalam satu temubual bersama Astro Awani pada malam Isnin.

Mohd Sharkar berkata, tidak dinafikan usaha itu memerlukan peruntukan besar hingga mencecah berbilion ringgit, namun ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan nilai kerugian yang terpaksa ditanggung sekiranya kemusnahan besar akibat banjir ini terus berulang. "Kesan banjir ini bukan hanya melibatkan kemusnahan harta benda malah turut melibatkan nyawa. Sumber - Sinar Harian

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/182454/EDISI/Rancang-solusi-holistik-elak-impak-buruk-banjir-berulang © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong ke Pahang dari tahun 2015 sehingga 2021
Dasar Privasi Peta Laman MYMesyuarat Procurement FOI
Sistem Bayaran Sewaan Premis Sistem TPSS Sistem Aduan SPAB
.