Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 28 JANUARI 2024: Replika singa gergasi berketinggian 4.5 meter dan panjang 10 meter di sebuah pusat membelah di sini menjadi tarikan baharu pelancongan negeri Pahang bersempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, YB. Encik Sim Chon Siang berkata, sedikit sebanyak ia dapat memeriahkan sambutan perayaan kaum Tionghua.

“Ini menjadi mercu tanda tempat untuk menarik lebih ramai lagi pelancong ke sini untuk ambil gambar. Bukan senang nak dapat replika ini yang ditempah dan didatangkan khas dari negara China. “Saya harap ia dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke negara kita khususnya ke negeri Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Menitik Mata Tarian Singa dan persembahan tarian singa dan naga di sini. Singa gergasi yang memakan masa selama tiga bulan untuk disiapkan ini turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Pahang yang menyumbang sebanyak RM10,000 daripada keseluruhan harganya iaitu RM40,000. Dalam pada itu, YB Sim Chon Siang berharap agar perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi dapat disambut dengan penuh kegembiraan selain mengeratkan hubungan kaum di negeri ini. “Bersempena tahun Naga (kalendar Cina) ini semua rakyat diharap dapat hidup lebih aman, jujur dan harmoni sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita,” katanya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 59.8% Malaysia
Sweden 15.1% Sweden

Total:

27

Countries
003999
Today: 9
Yesterday: 26
This Week: 86
This Month: 511
Last Month: 624
Total: 3,999
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 22 April 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini