Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 08 MEI 2024 : Negeri Pahang telah menerima kedatangan pelancong seramai 13.23 juta dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM11.89 bilion. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata ia mencapai sasaran yang telah ditetapkan. “Untuk tahun 2023, Negeri Pahang telah menerima kedatangan pelancong seramai 13,231,064 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM11.89 bilion. “Destinasi pelancongan paling ramai dikunjungi top 3 adalah Genting Highlands, Kuantan dan Cameron Highlands. Manakala bagi pelancong antarabangsa ikut negara yang paling ramai mengunjungi Pahang, top 3 adalah Singapura, diikuti dengan China dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, YB. Tuan V. Arumugam ketika sesi pertanyaan kepada Menteri Besar pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini. Menurut beliau, Kerajaan Negeri Pahang juga akan menganjurkan Malaysia International Tourism Expo Pahang pada bulan Oktober sebagai salah satu inisiatif baharu bagi merancakkan sektor pelancongan di negeri ini.

“Kita akan menganjurkan Malaysia International Tourism Expo Pahang Meet Pahang pada bulan Oktober di Kuantan untuk menjadikan negeri Pahang sebagai hub pertemuan pemain-pemain industri negara Asia Tenggara dan dunia. “Di samping itu, Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang juga akan bekerjasama untuk menggalakkan dan menganjurkan lebih banyak acara pelancongan bertaraf dunia dan pada masa yang sama usaha promosi diteruskan. “Kerajaan Negeri Pahang bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mempromosikan Negeri Pahang dengan penyertaan dalam pameran pelancongan, penganjuran lawatan suaikenal (FamTrip), dan Tourism Malaysia telah menyediakan platform e-risalah bagi menghebahkan maklumat pelancongan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 62.5% Malaysia
Sweden 13.5% Sweden

Total:

27

Countries
004495
Today: 7
Yesterday: 25
This Week: 116
This Month: 386
Last Month: 621
Total: 4,495
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 16 Mei 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini