Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

 PENGENALAN 

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) telah ditubuhkan pada tahun 1968 di bawah Enakmen nombor 4, 1968. Sebuah Badan Berkanun kepada Kerajaan Negeri Pahang, PKBF bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembangunan dan pengurusan Bandar Bukit Fraser.

Pada bulan Jun 1997, dengan perkembangan pesat industri pelancongan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah badan Pelancongan dengan menggabungkan sumber yang ada yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang ( Bahagian Pelancongan) dan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.

 FUNGSI 

  1. Semenjak bulan Jun 1997 juga, PKBF telah diubah fungsinya daripada sebuah Lembaga Bandaran kepada Badan Berkanun Kerajaan yang mengawal, mengurus dan mempromosikan pelancongan seluruh Negeri Pahang.
  2. Fungsi PKBF seperti yang termaktub di bawah seksyen 3 (a) yang telah dipinda adalah untuk menyelaraskan pembangunan kediaman, industri, perdagangan, kebudayaan dan kesenian serta aktiviti -aktiviti lain yang dihitungkan akan menggalakan pembangunan Pahang sebagai suatu destinasi pilihan.
  3. Dengan perubahan fungsi ini juga, PKBF menerima geran daripada kerajaan negeri dan hak mengutip cukai taksiran serta tanggungjawab bagi membangunkan dan menyelenggara Bukit Fraser dipindahkan ke Majlis Daerah Raub pada 1999.

 OBJEKTIF JABATAN 

  1. Menjadikan Negeri Pahang sebagai destinasi pelancongan sepanjang tahun
  2. Membantu dalam mengenalpasti dan membangunkan produk dan destinasi pelancongan baru
  3. Membantu di dalam meningkatkan bilangan usahawan bumiputera di dalam industri pelancongan
  4. Merancang dan membantu kerajaan negeri meningkatkan pelaburan di dalam sektor pelancongan di Negeri Pahang

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 51.9% Malaysia
Sweden 21.7% Sweden

Total:

18

Countries
002761
Today: 28
Yesterday: 32
This Week: 117
This Month: 505
Last Month: 393
Total: 2,761
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 21 Februari 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini