Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

TEMERLOH: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia di Kampung Paya Siput, Lanchang di sini. Seri Paduka bertitah kawasan berkenaan yang dilengkapi mercu tanda khas, berpotensi dijadikan lokasi pelancongan pendidikan sekali gus dapat merancakkan sektor pelancongan negeri, khususnya Temerloh. "Ia satu mercu tanda pendidikan di sini, semua rakyat mesti tahu di mana titik tengah Semenanjung yang berada di sini, secara tidak langsung sama macam di United Kingdom ada GMT (Greenwich Mean Time).

"Kita boleh bawa penuntut datang sini selain ibu bapa, secara tidak langsung boleh tarik pelancong dan ia merupakan produk pelancongan baharu di Temerloh selain Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (Kuala Gandah) dan Taman Rusa," titah baginda kepada pemberita. Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man. Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan bergambar dengan berlatar belakang mercu tanda ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS) yang menerapkan seni bina secara simbolik melambangkan Rukun Iman dan Rukun Islam.  Istimewanya tapak monumen itu turut dilengkapi penunjuk arah kiblat serta memaparkan jarak ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dari Titik Tengah Semenanjung. Mercu tanda TTTS dibangunkan antara lain sebagai usaha Tourism Pahang dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mencipta destinasi pelancongan baharu bagi merancakkan sektor berkenaan di daerah ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata Semenanjung Malaysia mempunyai keluasan 130,423 kilometer persegi dan usaha untuk mencari titik tengah ini telah dimulakan pada 2009 oleh beberapa pihak antaranya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem). Katanya pelbagai kaedah telah dicadangkan untuk mengenal pasti titik tengah semenanjung, dan kaedah hitungan matematik telah digunakan dalam menghasilkan nilai titik konklusif sebelum lokasi berkenaan dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput berhampiran pekan Lanchang. "Kerajaan Pahang kemudian telah bersetuju dan memutuskan bahawa titik tengah Semenanjung berada di lot 2765, namun atas kesesuaian tapak, monumen ini dibina atas lot 1869 yang terletak 200 meter dari titik tengah asal," katanya ketika berucap. Beliau berkata kerja-kerja pembangunan lokasi TTTS telah dimulakan pada Okt 2015 dan siap sepenuhnya pada tahun 2019. – Berita Harian

 

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.8% Malaysia
Sweden 10.2% Sweden

Total:

30

Countries
005951
Today: 6
Yesterday: 22
This Week: 126
This Month: 559
Last Month: 583
Total: 5,951
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 26 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile