Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
billfish

ROMPIN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan majlis penutup dan pengurniaan hadiah Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2023, di sini hari ini. Berangkat sama ke majlis itu Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man; Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, Datuk Idros Yahaya dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim. RPBIC ialah acara sukan memancing ikan layaran dengan konsep `tangkap dan lepas. Ia adalah sebahagian daripada produk pelancongan daerah ini, memandangkan spesies ikan itu banyak terdapat di perairan Kuala Rompin pada musim penghijrahan aktif antara Mac hingga Oktober setiap tahun.

RPBIC mula diadakan pada 2004 dan untuk tahun ini, ia berlangsung selama tiga hari bermula 6 Oktober lalu membabitkan penyertaan 13 pasukan termasuk dari Jepun dan Singapura dengan 49 peserta. Pada kejohanan itu, tiga kumpulan dari Malaysia mengungguli kedudukan teratas iaitu Team Xzoga selaku juara disusuli Lemax Pro Team dan LXF-ROH masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.  Pasukan dari Jepun, Mutapesca Sammy menduduki tempat keempat manakala tempat kelima ialah Kohaku X Trident yang dianggotai peserta Singapura dan Malaysia. RPBIC 2023 menawarkan hadiah wang tunai dan peralatan memancing yang keseluruhannya bernilai lebih RM71,000. - BERNAMA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.8% Malaysia
Sweden 10.2% Sweden

Total:

30

Countries
005951
Today: 6
Yesterday: 22
This Week: 126
This Month: 559
Last Month: 583
Total: 5,951
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 26 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile