Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN – Kuantan merupakan destinasi gastronomy tourism dan menerima 1.5 juta kehadiran pelancong luar dari Pahang sehingga September lalu.

Gastronomy tourism merupakan gelaran kepada pelancongan berasaskan makanan. Exco Perpaduan, Pelancongan, Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man berkata, berkata jumlah itu sebahagian daripada 9.04 juta orang pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini dalam tempoh masa yang sama. ”Kita yakin dapat melepasi sasaran Tourism Pahang untuk mencapai 13 juta orang pelancong datang ke negeri ini pada tahun 2023.

”Ini menunjukkan bahawa salah satu faktornya ialah kepelbagaian acara atau program yang dianjurkan oleh pelbagai agensi di negeri ini mampu menarik para pengunjung dari luar Pahang untuk berkunjung dan melawat ke negeri ini.  ”Kuantan juga merupakan salah satu destinasi Gastronomy Tourism yang kita ketengahkan kerana kebanyakan pelancong luar dari egeri Pahang berkunjung bagi tujuan mencari dan menikmati makanan dan minuman yang pelbagai di segenap restoran mahu pun kafe hipster di sini,” katanya dalam kenyataan. Pelbagai acara yang dimuatkan dalam kalendar pelancongan Pahang telah memberi impak besar kepada kehadiran pelancong ke negeri itu bagi mempromosi aktiviti pelacongan di negeri Tok Gajah itu.

Selain itu, Pahang mempunyai keunikan tersendiri produk-produk yang berasaskan makanan.  ”Kepelbagaian jenis makanan daripada 11 daerah di Pahang secara tidak langsung turut memberi kesan kepada peningkatan ekonomi penduduk setempat. “Negeri Pahang kalau kita sedar, patin tempoyak, musang king, puding raja juga merupakan makanan yang dapat menarik pengunjung untuk melawat ke negeri ini untuk mendapatkan makanan berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.8% Malaysia
Sweden 10.2% Sweden

Total:

30

Countries
005949
Today: 4
Yesterday: 22
This Week: 124
This Month: 557
Last Month: 583
Total: 5,949
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 26 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile