Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 16 APRIL 2024 : Lebih 10,000 penggiat pelancongan termasuklah ‘premium buyers’, ‘registered buyers’, ‘sellers’ pengusaha pelancongan dari rantau Asia Tenggara dan pelawat industri pelancongan (Travel Trade Visitors) dijangka menyertai‘Malaysia International Tourism Expo 2024, Pahang (MIT Pahang) yang dijadualkan pada 8 hingga 10 Oktober depan di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan. Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Cik Leong Yu Man berkata, MIT Pahang merupakan inisiatif Kerajaan Pahang bagi membangunkan sektor pelancongan dan kebudayaan Negeri Pahang memandangkan ianya merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi di negeri ini.

Justeru, penganjuran MIT Pahang dapat menaikkan nama Pahang khususnya Kuantan sebagai hub pertemuan pemain industri pelancongan.“Bukan sahaja tempat pelancongan di Pahang, tetapi kita hendak menaikan potensi negeri atau Kuantan sebagai tempat pertemuan seperti kita dulu (sebelum ini), kita selalu menghadiri expo pelancongan di luar negara dan bertemu dengan pemain industri dari negara atau negeri lain. “Dan (untuk kali ini) kita di Pahang dan (khususnya) dibKuantan menjadi satu Hab baharu untuk pertemuan bagi pemain industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Media Sempena ‘Malaysia International Tourism Expo 2024, Pahang’ (MIT Pahang) yang diadakan di Pejabat Tourism Pahang, pagi tadi. Hadir sama ialah Pengurus Besar Tourism Pahang, YBrs Tuan Kamaruddin Ibrahim, Pengerusi MIT Pahang, YBrs Encik Uzaidi Udanis dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Hospitaliti 360, YH. Dato’ Sri Omar Naresh Mohan. YB. Leong berkata, program tiga hari itu bertujuan menyediakan platform ‘business to business’ (B2B) kepada pemain pelancongan Asia Tenggara dan seluruh dunia untuk berhubung dan memupuk kerjasama selain mengadakan seminar dan bengkel kepada pemain industri untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan.

“Program ini juga dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mendapatkan sumber dan transaksi perniagaan di kalangan peserta pameran dan pembeli. “Selain dapat menggalakkan kemampanan; menyokong amalan pelancongan yang bertanggungjawab yang mengutamakan pemuliharaan alam sekitar, pemeliharaan budaya dan kesejahteraan penduduk tempatan, memastikan daya maju jangka panjang pembangunan pelancongan di rantau ini,” katanya. Pelbagai pengisian turut disediakan antaranya pameran pelancongan melibatkan penyertaan seluruh negeri dan negara Asia Tenggara, seminar pelancongan bagi membincangkan isu pelancongan dari pakar industri pelancongan, sesi B2B yang dapat memudahkan rangkaian dan interaksi perniagaan di kalangan penjual dan pembeli industri pelancongan dan pertunjukan persembahan kebudayaan.

Kerajaan menjangkakan akan mendapat penyertaan daripada pemain industri pelancongan dari seluruh negara dan antarabangsa termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan negara lain di Asia Tenggara. Kepada pemain pelancongan yang berminat untuk menyertai MIT Pahang, boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://mit-pahang.com atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau boleh juga menghubungi talian 09-5681624. – Sumber:  PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.8% Malaysia
Sweden 10.2% Sweden

Total:

30

Countries
005949
Today: 4
Yesterday: 22
This Week: 124
This Month: 557
Last Month: 583
Total: 5,949
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 26 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile