Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN: Daerah Lipis diisytihar Geopark Kebangsaan dengan rujukan Lipis Geopark bermula bulan ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau memaklumkan, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Geopark Kebangsaan kelmarin yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Dr Ching Thoo Kim.

Menurutnya, Lipis Geopark berkeluasan 5,198 kilometer (km) persegi meliputi keseluruhan daerah berkenaan dengan 28 tapak warisan geologi, 18 tapak warisan budaya dan enam tapak warisan biologi. "Ini Geopark Kebangsaan terbesar di negara ini," katanya. Katanya, banyak tempat menarik di Lipis, antaranya Galeri Aspirasi Lipis Geopark, Geotapak Bernilai Kebangsaan (Zon Sutura Bentong-Raub, Jujukan Perms-Trias Gua Bama dan Kuala Sungai Lipis). Selain itu, Geopelancongan (Gua Tahi Bintang dan Gua Sisik Naga) dan Biotapak (Taman Negara Sungai Relau dan Taman Eko Rimba Sungai Yu). 

Di Lipis juga, katanya, terdapat Tapak Budaya seperti Stesen Keretapi Lipis, Bangunan Majlis Daerah Lipis dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, SMK Merapoh dan penempatan masyarakat Orang Asli Pos Betau. "Pelaksanaan Lipis Geopark selari dengan draf perancangan Blueprint Pahang Destinasi Warisan Dunia (2024-2028)," katanya. Langkah itu, katanya, untuk menjadikan Pahang destinasi pelancongan bertaraf dunia bagi pengiktirafan tapak berjenama UNESCO di bawah kategori World Heritage Site (WHS), Man and Biosphere Reserve (MAB) dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark (UGGp). Beliau menambah, pengiktirafan itu membuktikan daerah Lipis berupaya menjadi tapak mesra warisan dan alam sekitar serta seterusnya berpotensi sebagai destinasi pelancongan lestari bertaraf antarabangsa.

"Ia kini semakin terkenal dan mendapat tempat di hati pelancong tempatan dan antarabangsa," katanya sambil mengucapkan tahniah dan syabas pada semua pihak, terutama Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP) yang berusaha bersungguh-sungguh menjadikan daerah Lipis sebagai Geopark Kebangsaan. Katanya, kerajaan negeri berharap penglibatan aktif komuniti setempat dan pihak berkepentingan dapat menjadikan wilayah Geopark Lipis pada landasan sebenar untuk diangkat sebagai UNESCO Global Geopark pada 2025. 

Sumber - Berita Harian

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.8% Malaysia
Sweden 10.2% Sweden

Total:

30

Countries
005953
Today: 8
Yesterday: 22
This Week: 128
This Month: 561
Last Month: 583
Total: 5,953
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 26 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile