Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
Berakit

JERANTUT: Tourism Pahang berusaha menambah lebih banyak produk pelancongan yang mampu menggamit kedatangan pelancong ke Kuala Tahan dengan yang terbaharu perlumbaan rakit buluh. Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, berkata ia sebagai tambahan kepada produk sedia ada seperti Taman Negara, kampung tradisional, Orang Asli Bateq, aktiviti bot di Sungai Tembeling dan hutan semula jadi.

"Produk pelancongan terbaharu dan kali pertama diperkenalkan ialah perlumbaan rakit buluh di Sungai Tembeling yang terkenal dengan jeram dan lubuk yang akan menguji kemahiran mengawal rakit," katanya. Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta Taman Negara Rakit Race 2023 di Kampung Kuala Terengan, di sini hari ini. Hadir sama Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Khairun Nissa Aris.

Perlumbaan kali pertama disertai 12 rakit buluh membabitkan 108 peserta melalui Sungai Tembeling sejauh 12 kilogram (km) dan terpaksa menempuh masing-masing enam jeram dan lubuk bermula di Kampung Kuala Terengan berakhir di jeti Kuala Tahan. Program anjuran Tourism Pahang dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi Taman Negara yang turut disertai 16 peserta wanita menawarkan hadiah keseluruhan RM8,000.

Kamaruddin berkata, pertandingan Taman Negara Rakit Race 2023 memberi peluang kepada peserta merasai cabaran menyusuri Sungai Tembeling yang deras sambil mengharungi jeram dan lubuk. Sepanjang perjalanan dari Kampung Kuala Terengan hingga ke jeti Kuala Tahan yang mengambil masa kira-kira tiga jam, peserta berpeluang melihat keindahan alam semula jadi termasuk dua kampung Orang Asli Bateq.

"Taman Negara Rakit Race 2023 akan dijadikan acara tahunan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa ke Kuala Tahan. "Aktiviti berakit juga boleh disediakan secara pakej oleh pemandu pelancong terutama apabila ada permintaan," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Taman Negara, Mohamad Anas Zainudin, berkata penganjur menyediakan rakit buluh direka khas menggunakan sembilan batang buluh. Sumber - Berita Harian

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.8% Malaysia
Sweden 10.2% Sweden

Total:

30

Countries
005951
Today: 6
Yesterday: 22
This Week: 126
This Month: 559
Last Month: 583
Total: 5,951
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 26 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile