Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
mattaperak

IPOH - Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) yakin dapat mencapai sasaran sebanyak RM23 juta selepas mencatatkan jualan sebanyak RM10 juta pada hari pertama penganjurannya.

Pengerusi MATTA Fair Perak, Wendy Shin Wen Ying berkata, pameran edisi ke-31 itu telah berjaya menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung setakat ini.

"Dengan kehadiran pengunjung yang memberangsangkan, kita dapat mencapai jualan dianggarkan RM10 juta pada hari pertama pameran.

"Kita percaya sasaran itu dapat dicapai jika berjaya mengekalkan momentum yang sama dengan penawaran menarik disediakan di lebih 100 reruai melibatkan lebih 30 organisasi termasuk Tourism Perak dan Tourism Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pembukaan MATTA FAIR Perak yang disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee di sini pada Ahad.

Hadir sama, Presiden MATTA, Nigel Wong; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Perak, Muhammad Aminuddin Abdul Majid dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Nurmalis Musa.

Sementara itu, Sze Yee berkata, penganjuran MATTA Fair Perak ini dapat menarik minat orang ramai untuk terus melancong sama ada secara domestik atau antarabangsa menerusi agensi-agensi pelancongan yang berdaftar.

Sumber - Sinar Harian

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.8% Malaysia
Sweden 10.2% Sweden

Total:

30

Countries
005946
Today: 1
Yesterday: 22
This Week: 121
This Month: 554
Last Month: 583
Total: 5,946
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 26 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile