Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
cerating

Kuantan: Kerajaan Pahang menafikan mengabai Cherating sebagai destinasi pelancongan yang menjadi pilihan pengunjung ke negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, kerajaan negeri melalui Tourism Pahang sentiasa mempergiatkan promosi Cherating sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Katanya, promosi yang dilakukan itu membabitkan aktiviti pelancongan sama ada di dalam dan luar negara untuk mengembalikan populariti Cherating yang sebelum ini berdepan beberapa isu terutama kekurangan pelancong. "Cherating tetap dimasukkan dalam senarai promosi pelancongan dalam negara dan luar negara seperti Eropah, China, Singapura. "Pada masa sama, promosi Cherating turut dilakukan menerusi risalah dan media sosial. Tahun lalu, kedatangan pelancong ke Cherating direkodkan 220,567 orang berbanding 240,856 orang pada 2023," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media Perancangan Pelancongan Pahang 2025 di sini, hari ini. Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim. Sementara itu, Yun Man berkata, Genting Highlands antara 20 destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa dengan kedatangan 8.55 juta pelancong sepanjang tahun lalu.

Katanya, berdasarkan statistik, destinasi pelancongan kedua tertinggi ialah Kuantan yang merekodkan kedatangan seramai 2.28 juta pelancong, ketiga, Cameron Highlands dengan jumlah 1.37 juta pelancong dan keempat Temerloh (286,038 pelancong). "Empat destinasi pelancongan ini adalah antara penyumbang terbesar daripada 13.74 juta pelancong yang berkunjung ke Pahang dengan anggaran perbelanjaan RM12.35 bilion.

"Statistik juga menunjukkan peningkatan 3.87 peratus iaitu 13.5 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM11.89 bilion pada 2023. "Jumlah ini hanya mengambil kira pelancong yang bermalam sekurang-kurangnya satu malam dan tidak termasuk pelancong harian," katanya.

Sumber: Berita Harian

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 80.6% Malaysia
South Korea 5.6% South Korea

Total:

47

Countries
015854
Today: 19
Yesterday: 40
This Week: 103
This Month: 4,157
Last Month: 599
Total: 15,854
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 28 April 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile