Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
190126

KUANTAN, 19 JANUARI 2026 : Kerajaan Negeri Pahang akan terus memastikan penambahbaikan infrastruktur secara berterusan dilaksanakan di Pantai Teluk Cempedak bagi menjamin keselesaan peniaga dan pengunjung di kawasan rekreasi ikonik itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, komitmen berkenaan adalah selari dengan usaha Kerajaan Negeri untuk mengekalkan imej Pantai Teluk Cempedak sebagai antara destinasi pelancongan utama negeri ini. “Tadi saya sempat jumpa pengunjung-pengunjung daripada Australia, daripada Kelantan… mereka kata memang mereka nak datang sini sebab pantai ini terkenal. 

“Satu lagi, mereka memang puji pasal kebersihan dan saya dapat lihat memang pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menjaga Teluk Cempedak dengan baik. Saya sebagai Exco Kerajaan Tempatan ingin memastikan bahawa penambahbaikan mesti dilakukan secara berterusan,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Pantai Teluk Cempedak di sini hari ini. Lawatan itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, YB. Tuan Sim Chon Siang; Datuk Bandar Kuantan, YH Dato’ Zaliza Zulkipli; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang, Tuan Ir. Arman Mokhtar; Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, YH. Dato’ Khairun Nisa Aris; serta ketua-ketua jabatan berkaitan.  Tambahnya, beliau akan memastikan kontraktor-kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan setiap projek penambahbaikan infrastruktur di Pantai Teluk Cempedak berjalan lancar dan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Menurutnya, antara projek yang sedang dirancang termasuk pembinaan dataran dan pentas yang dijangka mampu menambah nilai estetika serta tarikan Pantai Teluk Cempedak selain pembinaan surau yang dijangka selesai bulan hadapan.  “Itu yang penting lawatan ini untuk memastikan semuanya berjalan lancar… nak semua isu yang ditimbulkan ini selesailah.

“Jadi saya akan datang lagi dalam masa tiga empat bulan bersama-sama rakan saya ini untuk kita meninjau, melihat kembali apa pelaksanaan yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkaitan,” ujarnya. Beliau dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas komitmen tinggi yang diberikan dalam memastikan keperluan pengunjung dan peniaga di lokasi pelancongan berkenaan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.3% Malaysia
United States of America (the) 6.5% United States of America (the)

Total:

61

Countries
028120
Today: 10
Yesterday: 18
This Week: 66
This Month: 2,311
Last Month: 837
Total: 28,120
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2026 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 27 Januari 2026 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile