Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
111225

KUANTAN, 11 DISEMBER 2025 : Pahang mencatat kedatangan seramai 11.476 juta pelancong dari Januari hingga September tahun ini, meningkat 12.43 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB. Puan Leong Yu Man berkata, peningkatan ini bukan sahaja melepasi sasaran dan telah mengesahkan bahawa Pahang berada dalam kedudukan yang kukuh sebagai destinasi pilihan pelancong di Malaysia.

“Bagi tempoh Januari hingga September 2025, Negeri Pahang telah menerima seramai 11,476,733 orang pelancong, menunjukkan peningkatan 12.43 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Di sebalik angka ini, terdapat ribuan peniaga kecil yang dapat menambah pendapatan, ribuan pekerja hotel yang terus mempunyai pekerjaan, dan ribuan keluarga yang merasai nikmat limpahan ekonomi secara langsung,” katanya.

Tambahnya, Pahang turut mencatatkan Kadar Purata Penginapan Hotel Tertinggi di Malaysia iaitu 76.2 peratus sekali gus mengekalkan kedudukan teratas selama tiga tahun berturut-turut dalam kategori berkenaan.

“Bagi tempoh Januari hingga September 2025, Pahang mencatat Kadar Purata Penginapan Hotel Tertinggi di Malaysia, iaitu 76.2 peratus dan menjadikan Pahang selama tiga tahun berturut-turut menduduki tempat pertama dalam Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.

Sumber -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 71.2% Malaysia
Indonesia 5.7% Indonesia

Total:

58

Countries
025384
Today: 5
Yesterday: 27
This Week: 32
This Month: 412
Last Month: 708
Total: 25,384
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 15 Disember 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile