Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
proaktif

ROMPIN, 18 JULAI 2025: Kerajaan Negeri Pahang melalui Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar apabila berjaya mengumpul kira-kira 400 tan sisa pukal dari seluruh Pulau Tioman dalam tempoh sebulan menerusi Program Gotong-Royong Tioman Bersih dan Indah. Ahli Dewan Negeri (ADUN) Tioman merangkap Ahli Lembaga Pengarah TDA, YB. Dato’ Sri Haji Johari Haji Hussain menyifatkan kejayaan program berkenaan sebagai bukti nyata keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebersihan dan kelangsungan ekopelancongan di pulau tersebut.

“Melalui maklumat yang diberitahu pihak TDA, sasaran untuk mengumpul sisa sampah pukal ini sebanyak 400 tan untuk dibawa keluar. Dan ini sekali gus dapat membantu penduduk-penduduk, sama ada pengusaha resort, warga kampung meringankan beban mereka untuk memunggah sisa pukal yang begitu banyak yang mungkin mereka tidaak mampu (untuk menguruskannya). “Semestinya akan meningkatkan tahap kebersihan dan kelestarian di Pulau Tioman ini. Saya yakin dan pasti dengan kesedaran kebersihan ini akan menarik lagi pelancong domestik mahupun luar negara dan sudah pasti perkara ini akan merancakkan lagi industri pelancongan di persada dunia,” katanya selepas merasmikan majlis penutup program berkenaan di Kampung Tekek, Pulau Tioman, di sini hari ini.  Tambahnya, program yang bermula sejak 30 Jun lalu merangkumi lapan siri gotong-royong di kampung-kampung terdapat di Pulau Tioman termasuk Kampung Tekek, Juara, Salang, Mukut dan Pulau Seri Buat, dengan penglibatan menyeluruh pelbagai agensi, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), sukarelawan dan komuniti tempatan.

Katanya lagi, TDA menerima peruntukan khas sebanyak RM200,000 daripada Kerajaan Negeri Pahang melalui Pejabat Kewangan Negeri, membolehkan pelaksanaan program berskala besar ini termasuk pengangkutan dan pelupusan sisa ke Depoh Pelupusan Kampung Feri dengan kerjasama SWCorp Pahang. Program ini turut menyasarkan pelestarian jangka panjang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan), SDG 13 (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim) dan SDG 14 (Ekosistem Lautan). 

“Inisiatif ini di bawah SDG di mana mengekalkan ciri-ciri kebersihan, kesemulajadian di pulau ini untuk jangka masa seterusnya pada masa akan datang khususnya untuk generasi-generasi muda. “Dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak TDA yang bertungkus lumus menyelaraskan kerja-kerja gotong-royong ini sehingga ke peringkat akhir,” ujarnya. Selain itu katanya, selain sisa pukal, program Beach and Coastal Clean-Up turut dilaksanakan secara serentak di pesisir pantai, membuktikan pendekatan holistik TDA dalam menangani isu kebersihan dari daratan hingga lautan. Beliau justeru merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk SWCorp, Alam Flora, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Reef Check Malaysia, Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, Klinik Kesihatan Tekek, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), SASMEC @ IIUM, sekolah-sekolah, pengusaha pelancongan, persatuan nelayan dan sukarelawan setempat.

Menurut Pengurus Besar TDA, Tuan Haji Jumshoiry Novdany Mohd Sulaiman, fasa susulan akan memberi tumpuan kepada keceriaan kawasan, termasuk kerja-kerja pengecatan semula, penghasilan mural bersama komuniti seni tempatan serta penyusunan semula bot dan kenderaan terbiar yang mencacatkan pemandangan. “Akan datang ini kita akan tumpukan kepada kawasan yang telah dibersihkan… ada beberapa kawasan itu kita akan buat keceriaan, kita akan cat balik yang mana dah lusuh dan akan berkerjasama dengan persatuan pelukis, mungkin ada tempat yang sesuai kita nak buat mural. Kita akan buat dengan buat secara gotong-royong juga melibatkan beberapa agensi kerajaan. “Selepas itu, akan datang, kita juga melihat di Dataran Tekek ini kita nampak ada bot-bot yang terbiar, kenderaan yang terbiar itu juga dalam proses untuk kita menyusun, yang mana kenderaan terbiar yang tidak boleh pakai langsung, kita akan uruskan mengikut peraturan. Kita nakkan pemandangan yang indah kerana bot dan kenderaan terbiar ini mencacatkan pemandangan,” katanya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 75.3% Malaysia
Indonesia 6.6% Indonesia

Total:

52

Countries
021506
Today: 16
Yesterday: 23
This Week: 39
This Month: 256
Last Month: 2,392
Total: 21,506
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2025 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 12 Ogos 2025 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile