Accessibility Tools

contactFAQAduansitemap  Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                                      
 
120626

KUANTAN, 12 JUN 2026 : Kuantan International Kite Festival (KIKF) 4.0 bakal diadakan di Pantai Cherating pada 1 hingga 6 Julai tahun ini dengan sasaran kehadiran seramai 20,000 pengunjung. Menurut Datuk Bandar Kuantan, YH. Dato’ Zaliza Zulkipli, penyertaan pada kali ini akan melibatkan 17 buah negara termasuk Malaysia dengan penyertaan seramai 66 orang pelayang. “Untuk edisi kali ini, kita akan membawa 17 buah negara termasuk Malaysia dengan penyertaan seramai 66 orang pelayang, berbanding tahun-tahun sebelum ini yang hanya melibatkan 10 negara sahaja.

“Negara yang pertama kali menyertai pada kali ini ialah Sweden, Poland, Indonesia, Jepun dan India. Selain itu, negara yang pernah menyertai sejak tahun 2003 ialah Brunei, China, Hong Kong, Filipina, Macau, Singapura, Thailand, Vietnam, Korea Selatan dan Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media Kuantan International Kite Festival (KIKF) 4.0 Cherating Wind & Ocean Wave (WOW) 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan, hari ini.  Tambahnya, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) akan menyediakan perkhidmatan shuttle bagi memudahkan pergerakan pengunjung sepanjang program berlangsung.

“MBK akan menyediakan perkhidmatan shuttle yang beroperasi sepanjang program ini, bermula dari pagi hingga malam. “Selain itu, kita juga mendapat tambahan perkhidmatan buggy daripada Majlis Perbandaran Kemaman. Empat buah shuttle disediakan oleh MBK dan enam lagi oleh Majlis Perbandaran Kemaman. “Saya percaya kerjasama daripada pelbagai jabatan seperti pihak polis, RELA dan sebagainya amat penting bagi memastikan keselesaan pengunjung,” katanya. Di samping itu, beliau menyatakan bahawa pemilihan tema Cherating Wind, Ocean, Wave (WOW) adalah bertepatan dengan identiti Cherating yang terkenal dengan aktiviti pantai dan sukan air, selain berpotensi menarik lebih ramai pelancong domestik serta antarabangsa ke negeri ini. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 69.1% Malaysia
United States of America (the) 8.8% United States of America (the)

Total:

75

Countries
034417
Today: 2
Yesterday: 34
This Week: 120
This Month: 348
Last Month: 535
Total: 34,417
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2026 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 September 2026 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile