04 Julai 2026 - Satu Taklimat Eksekutif telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Program Kunjungan Duta-Duta Negara Arab ke Negeri Pahang, yang bakal menjadi platform strategik dalam memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama dalam sektor pelaburan dan pelancongan.
Taklimat ini memberi fokus kepada penyelarasan agenda lawatan, pengisian program serta penyampaian potensi Negeri Pahang sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan bertaraf antarabangsa.
Program kunjungan ini dijangka menjadi pemangkin kepada jaringan kerjasama yang lebih erat bersama negara-negara Arab, sekali gus mempromosikan keunikan produk pelancongan, kekayaan warisan, keindahan alam semula jadi serta peluang pelaburan yang ditawarkan di Negeri Pahang.Semoga usaha ini menjadi langkah signifikan dalam memperluaskan jaringan antarabangsa dan memperkukuhkan kedudukan Pahang sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan dan pelancongan global.
#TourismPahang #Pahang #Malaysia #Pelaburan #Pelancongan #Diplomasi #ArabCountries #VisitPahang #VisitMalaysia2026







