Accessibility Tools

contactFAQAduansitemap  Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                                      
 
pelita

CAMERON HIGHLANDS, 03 MAC 2026 : Pertandingan dekorasi Pesta Pelita Raya Pahang 2026 berpotensi menjadi produk pelancongan bermusim yang mampu meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri ini. Program anjuran Tourism Pahang yang memasuki tahun kedua penganjurannya ini bertujuan menyemarakkan semangat persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Pahang sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Inisiatif ini bukan sahaja memeriahkan suasana perayaan, tetapi juga menjadi platform untuk mengukuhkan perpaduan komuniti serta menarik minat pelancong untuk merasai keunikan tradisi sambutan Hari Raya di negeri ini. Program penganjuran pertandingan dekorasi Aidilfitri yang berlangsung bermula semalam hingga 21 Mac ini turut melibatkan 19 kluster homestay di seluruh negeri di mana setiap daerah dan homestay menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan memasang pelita kreatif, persembahan kebudayaan setempat, serta jualan makanan dan produk tempatan yang mencerminkan identiti tersendiri di setiap daerah. 

Antara elemen yang dinilai pada pertandingan ini merangkumi kreativiti, inovasi, keserasian tema, pencahayaan, keaslian serta tahap penglibatan komuniti setempat. Limpahan cahaya pelita yang menghiasi kampung-kampung dan kawasan tumpuan pelancong dijangka memberi pengalaman baharu kepada pengunjung, sekali gus memperkukuh kedudukan Pahang sebagai destinasi pelancongan utama negara.

Cameron Highlands menjadi lokasi pertama pertandingan dekorasi Pesta Pelita Raya Pahang 2026 yang melibatkan kesemua 11 daerah di seluruh negeri ini.  Homestay Kampung Taman Sedia dan Taman Pertabalan merupakan dua lokasi yang dipertandingkan bagi tahun ini dengan menampilkan suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri melalui dekorasi pelita, booth makanan, serta diserikan dengan orang ramai yang berpakaian busana kebangsaan.

Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Pahang terus komited dalam memperkasa keunikan budaya tempatan serta mengekalkan Pahang sebagai destinasi pilihan utama pelancong, khususnya ketika musim perayaan. Pesta Pelita Raya ini juga turut menggalakkan penggunaan bahan kitar semula serta pematuhan aspek keselamatan dalam kerja-kerja dekorasi dan pemenang akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 69.1% Malaysia
United States of America (the) 8.8% United States of America (the)

Total:

75

Countries
034417
Today: 2
Yesterday: 34
This Week: 120
This Month: 348
Last Month: 535
Total: 34,417
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2026 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 September 2026 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile