Accessibility Tools

contactFAQAduansitemap  Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                                      
 
132

KUANTAN, 13 MEI 2026 : Kerajaan Pahang menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM15 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi melaksanakan pembangunan infrastruktur pelancongan di Cerating sebagai usaha memperkukuh sektor pelancongan dan membantu ekonomi komuniti setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Puan Leong Yu Man berkata, pembangunan tersebut memberi fokus kepada penyelesaian isu fasiliti pelancongan termasuk masalah parkir yang sering menjadi kekangan ketika penganjuran acara di kawasan peranginan itu.

Menurut beliau, projek yang akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) kini berada pada peringkat perancangan reka bentuk dan dijangka berlangsung dari bulan ini hingga September.

“Pembangunan ini akan melibatkan tiga zon utama iaitu zon parkir, zon pembangunan dataran bagi penganjuran acara pelancongan serta zon pembinaan esplanade.

“Esplanade ini juga akan dijadikan lokasi untuk mengetengahkan kebudayaan masyarakat setempat dan identiti asli Cerating kepada pelancong,” katanya ketika menjawab soalan tambahan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan, YB Dato’ Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri turut komited memperbanyakkan acara pelancongan di Cerating dengan penglibatan aktif komuniti tempatan bagi memastikan ekonomi setempat terus berkembang.

Dalam pada itu, beliau berkata produk pelancongan kelip-kelip di Cerating juga akan terus dipromosikan sebagai antara tarikan unik negeri Pahang kepada pelancong luar negara.

“Setiap kali kita menerima lawatan ejen pelancongan luar negara, kita akan membawa mereka merasai sendiri pengalaman melihat kelip-kelip di Cerating.

“Ia antara produk pelancongan yang sangat membanggakan negeri ini,” katanya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 69.1% Malaysia
United States of America (the) 8.8% United States of America (the)

Total:

75

Countries
034417
Today: 2
Yesterday: 34
This Week: 120
This Month: 348
Last Month: 535
Total: 34,417
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2026 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 18 September 2026 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile