Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 
211123

KUANTAN, 20 NOVEMBER 2023 : Seramai 14 pengusaha pelancongan dari Heilongjia, China dijemput mengunjungi destinasi pelancongan di negeri ini selama lima hari bermula 17 November.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Cik Leong Yu Man berkata, kehadiran pengusaha pelancongan ini adalah bertujuan memperkenalkan dan memberi pendedahan berkaitan produk pelancongan baru dan sedia ada di negeri ini.

“Tourism Pahang telah menganjurkan Lawatan Familiarisasi (Fam Trip) China–Pahang 2023 (17 – 21 November 2023) di mana seramai 14 orang pengusaha-pengusaha pelancongan dari Heilongjia, China dijemput mengunjungi destinasi-destinasi pelancongan Negeri Pahang yang telah diselaraskan bagi tujuan memperkenalkan dan memberi pendedahan berkaitan produk-produk pelancongan baru dan sedia ada di negeri ini. 

“Lawatan Familiarisasi ini melibatkan destinasi-destinasi pelancongan di empat daerah di Negeri Pahang iaitu Bentong, Jerantut, Temerloh dan Kuantan. Destinasi-destinasi pelancongan yang akan dikunjungi ini melibatkan beberapa kategori kluster pelancongan iaitu pelancongan taman tema, pelancongan alam semulajadi, pelancongan warisan dan budaya, city tourism, gastronomy tourism dan sebagainya.

“Pemilihan destinasi-destinasi pelancongan dalam lawatan familiarisasi ini dipilih berdasarkan tahap kebolehpasaran yang tinggi serta mengambil kira kemudahan fasiliti yang memuaskan di setiap destinasi dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata antara destinasi pelancongan yang akan dikunjungi termasuklah Skyworld Genting Highlands; DSR Orchard Bukit Tinggi; Taman Negara Kuala Tahan; Sungai Lembing Tin Mine Museum; Menara Kuantan 188; Kompleks Tenun Sungai Soi; Hafiz Fireflies Cherating; Nature Batik Village; Orchard Tour and Durian Feast; Selera Patin Bangau Restaurant Temerloh; Mustafa Cendol; dan Jaman Tory Recipe.

Menurut beliau, lawatan familirisasi ini juga sebagai memberi keyakinan dan sokongan kepada pengusaha hotel dan agensi pelancongan Negeri Pahang dalam usaha memasarkan Pahang ke pasaran China dan global.

“Di samping itu, lawatan familirisasi ini juga akan memberi keyakinan dan sokongan kepada lima belas pengusaha-pengusaha hotel dan agensi pelancongan negeri Pahang yang turut mengambil bahagian dalam usaha untuk memasarkan negeri Pahang ke pasaran negara China dan global iaitu melalui satu sesi perjumpaan (Business to Business/Business Matching) bersama pengusaha-pengusaha pelancongan Negara China yang akan diadakan di Royale Chulan Cherating Villas pada petang hari ketiga lawatan diadakan,” katanya.

Menurut kenyataan berkenaan, pelancong dari China merupakan antara yang teramai berkunjung ke negeri ini sejak tahun 2015 yang mana bukanlah perkara asing bagi Negeri Pahang.

“Pada tahun 2022, kedatangan pelancong dari Negara China ialah berjumlah 78,848 orang dan dijangka terus menunjukkan angka peningkatan pada tahun 2023.

“Angka kedatangan pelancong ke Negeri Pahang semakin menunjukkan peningkatan selepas negara bergelut dengan Wabak Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021 dimana industri pelancongan dunia dan negara khususnya menerima kesan yang amat teruk sehingga menyebabkan seluruh pemain industri perkhidmatan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelancongan menjadi lumpuh.

“Sehingga September tahun 2023, Negeri Pahang telah menerima sebanyak 9.04 juta orang pelancong. Negeri Pahang telah menerima kedatangan pelancong sebanyak 10.2 juta orang pelancong bagi keseluruhan tahun 2022. Angka ini menunjukkan peningkatan positif berbanding tahun 2022 dimana sehingga September 2023 terdapat penambahan sebanyak 1.16 juta kedatangan pelancong ke Negeri Pahang,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri Pahang juga akan menjalankan promosi secara berterusan di dalam dan luar negara bagi memastikan sasaran 13 juta pelancong ke negeri ini pada tahun ini selaras dengan tema Tourism Pahang iaitu This is Pahang Unlimited dapat dicapai. – Sumber : PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
icon email 01 webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 67.8% Malaysia
Sweden 10.2% Sweden

Total:

30

Countries
005949
Today: 4
Yesterday: 22
This Week: 124
This Month: 557
Last Month: 583
Total: 5,949
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 26 Julai 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile